Akik/Akek di alam melayu seringkali disinonimkan hanya dengan batuan jenis Agate sahaja. Tetapi Akik/Akek lebih merupakan
batuan mineral Quartz yang terbentuk secara alami oleh proses geologi yang digelar
sebagai Chalcedony. Akik/Akek di alam Melayu dalam konteks cincin biasanya merujuk pada
cincin yang diatur dengan batuan Chalcedony. Agate dan Jasper merupakan antara
variasi Chalcedony.
Chalcedony adalah bentuk silika cryptocrystalline, yang
terdiri daripada pertumbuhan Quartz dan moganit yang sangat halus. Terdiri
daripada mineral silika, tetapi berbeza dengan Quartz kerana
Quartz mempunyai struktur kristal trigonal, sementara moganit adalah
monoklinik. Struktur kimia standard Chalcedony (berdasarkan struktur kimia Quartz)
adalah SiO2 (silikon dioksida).
Chalcedony mempunyai kilauan seolah berlilin, dan
mungkin separa telus atau lut sinar. Ia terdiri daripada berbagai variasi warna,
tetapi yang paling sering dilihat adalah putih hingga abu-abu, biru keabu-abuan
atau warna coklat mulai dari pucat hingga hampir hitam. Warna chalcedony yang
dijual secara komersial di pasaran sering ditingkat rawat dengan proses pencelupan
warna atau pemanasan.
Warna: tidak berwarna, putih,
kelabu, biru, warna apa pun kerana mineral tertanam, spesimen pelbagai warna
tidak biasa.
Berkilau: Waxy, Kusam
Kekerasan: 6½ - 7
Graviti tentu: 2.6
Agate
Agate adalah formasi batuan umum, yang terdiri daripada keluarga
Chalcedony dan Quartz sebagai komponen utamanya. Terdiri dari pelbagai warna
dan lut cahaya terutamanya. Agate terbentuk di dalam batuan gunung berapi dan metamorphic.
Agate digemari karena warna-warna dan pola-pola alami rumit
yang terbentuk. Semakin rumit pola yang terbentuk atau semakin langka warna
batu akik, harga jualnya tentunya akan semakin tinggi.
Jasper
Jasper adalah bentuk silikon
dioksida kriptokristalin (SiO₂ atau silika) yang legap. Jasper biasanya
dicirikan oleh warna-warna terang, termasuk hijau, merah, biru, dan lain-lain.
Jasper berbeza dengan batu Agate
kerana kelegapannya. Jasper sejati menyekat semua cahaya, walaupun beberapa
rekahan jasper memiliki poket kalsedon di dalamnya. Secara amnya, batu itu juga
akan mempunyai corak, walaupun ia berada dalam satu warna sahaja.
Jasper wujud pada rangkaian Quartz
cryptocrystalline. Walaupun mereka terdiri daripada unsur yang sama dengan
kristal Quartz biasa, struktur kristalnya sama sekali berbeza. Kristal dalam
batu kriptokristal sukar ditemui walaupun dengan mikroskop.
Warna dan kelegapan Jasper
berpunca dari kekotoran pada silika.Jasper adalah batuan igneus tetapi sering
terjadi dalam formasi yang lebih besar daripada batu akik. Jasper sering
dijumpai di dasar sungai di mana sahaja berhampiran aktiviti gunung berapi
kuno.
No comments:
Post a Comment