Saturday, March 28, 2015

MAKNA DAN MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT

Sebenaqnya ghamai yang dah tau dah makna dengan maksud bacaan yang haghi-haghi depa dok baca masa time solat…
Aku bukan laa nak tunjuk terra tapi niat utama aku cuma laa nak update mengingatkan kita balik mana tau kot2 ada yang dah lupa sama depa2 yang kat luaq sana yang masih kughang mengetahui dapat buat rujukkan sikit sbanyak apa yang mampu aku share.
So selamat baramal….     



BISMILAHIRAHMANIRAHIM....   
-Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

NIAT
contoh solat ‘isya’
Usalli fardhal 'isya'i arba'a raka'atin(*) adaan lillahi ta'ala

Sahaja aku sembahyang fardhu(isyak) empat rakaat(*) tunai
kerana Allah Ta'ala.
# gantikan dengan asri (asar) atau #zuhri (zohor)
* tambahkan 'makmuman' (mengikut imam) sebagai ganti 'adaan', jika sembahyang
berjemaah.






TAKBIRATUL IHRAM:
Allahu Akhbar  
-Allah Maha Besar-


DOA IFTITAH:
Allahu akhbar kabira wal hamdulillah hi kasira wa subhana Allahi bukratan wa asila. Wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.
-Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.-



SURAH AL-FATIHAH:
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Alhamdulillaahi rabbil'aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin Ihdinash shiraathal mustaqiimShirathal ladziina an'amta alaihim gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin

-Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.-


SURAH PILIHAN (AL-IKHLAS)
Qul huw-Allahu Ahad, Allahus-Samad, lam yalid wa lam yoolad, wa lam yakun lahoo kufuwan ahad.
Maksud:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.


BACAAN KETIKA RUKUK:
Subhaana rabbiyal azhim wa bi hamdih
-Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan Dengan Segala Puji-pujianNya-


BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK DAN I'TIDAL:
Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu
-Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan Kami Bagi Engkaulah Segala Pujian-


DOA QUNUT
Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
Waqinii syarramaa qadhait.
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.



SUJUD:
Subhaana rabbiyal a'la wa bi hamdih
-Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan Dengan Segala Puji-pujianNya-




DUDUK ANTARA DUA SUJUD:
Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.
-Ya Allah, ampunlah dosaku, dan rahmatilah daku, lindungilah aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku, dan maafkanlah akan daku.-                 


TAHIYATUL AWAL :

At tahiyyaatul mubarakatus shalawaatu thayibaatulillah.
Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh.
Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis shaalihiin.
Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh.
Allaahumma shalli 'alaa Muhammad.

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



TAHIYAT AKHIR :
At tahiyyaatul mubarakatus shalawaatu thayibaatulillah.
Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh.
Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis shaalihiin.
Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh.
Allaahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita 'alaa Ibraahim wa'alaa aali Ibrahim, wa baarik 'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammad, kama baarakta 'alaa Ibrahiima wa'alaa aali Ibraahima, fil 'aalamiina innaka hamiidun majiid.

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


MEMBERI SALAM

Assalamu’alaikum Warohmatullah
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah




Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).



Batu Kecubung atau Amethyst

Batu Kecubung atau lebih dikenali sebagai Amethyst dalam bahasa inggeris, merupakan salah satu jenis batu permata daripada kepelbagaian vari...