Sunday, May 26, 2013

MALAM LAILATUL QADAR

malam lailatul qadar


Lailatulqadar ialah satu malam yang amat agung pada setiap Ramadan. Ia juga malam perhubungan mutlaq antara bumi dan alam al-Mala’ul-A’la. Pada malam itu juga diturunkan al-Quran keseluruhannya ke langit dunia sebelum diturunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad SAW seperti firman Allah “Sesungguhnya Kami sudah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatul qadar.” (Al-Qadr:1) Mencari malam lailatul qadar adalah sunat kerana Rasulullah SAW menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim menyatakan bahawa Baginda berusaha sedaya upaya pada malam 10 akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam lain.
Mengenai cerita dan riwayat yang dikatakan berlaku pada malam itu perlu kita selidiki mengenai sejauh mana ia bertepatan dengan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Banyak pandangan beberapa sahabat dan ulama mengenainya antaranya ialah pandangan Imam Ghazali. Menurut beliau malam ini boleh diketahui melalui:
  • Jika awal Ramadan pada Ahad atau Rabu, maka lailatulqadar pada malam 29 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Isnin, lailatul qadar pada malam 21 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Selasa atau Jumaat maka lailatulqadar pada malam 27 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Khamis, lailatulqadar pada malam 25 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Sabtu, maka lailatulqadar pada 23 Ramadan.
  • Selain tanda itu malam ini juga boleh dikenali dengan beberapa tanda iaitu:

Malam itu langitnya kelihatan suci bersih.
Bulan bercahaya segar dan terang benderang.
Udaranya nyaman, tidak sejuk dan tidak panas.
Langit tidak diganggu bintang.
Matahari pada waktu paginya memancarkan cahaya seimbang seperti cahaya bulan purnama.
Bagaimanapun, lailatulqadar ialah rahsia yang hikmahnya supaya umat Islam terus mencari dengan menggandakan amal ibadah. Rasulullah bersabda “Telah datang kepada kamu Ramadan bulan membawa berkat, Allah menyelubungi kamu, lalu ia menurunkan rahmat serta menghapuskan kesalahan-kesalahan. Allah SWT memperkenankan doa pada bulan itu. Allah juga melihat perlumbaan antara kamu pada Ramadan dan menyampaikan kebanggaan-Nya terhadap kamu kepada malaikat. Oleh itu hendaklah kamu membuktikan kebaikan kamu kepada-Nya. Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang dijauhkan atau diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmat-Nya.” (Riwayat Tabarani)

(Saya memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan dlm rujukkan saya diatas. Seandainya terdapat kesilapan atau kesalahan diharap diberilah teguran agar kita sama2 dapat berkongsi ilmu tentangnya.Segala yang baik adalah drp Allah SWT dan yang buruk adalah drp diri saya sendiri.)


Saturday, June 23, 2012

HURAIAN TENTANG BAGAIMANA KAEDAH PENGIRAAN JUMLAH AYAT AL-QURAN MENJADI 6666 AYAT

 KAEDAH PENGIRAAN JUMLAH   6666 AYAT AL-QURAN



                               
             BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

Benarkah jumlah ayat didalam Al-Quran adalah sebanyak 6666???sedangkan kalau kita mengiranya satu persatu jumlahnya ternyata jauh b
erbeza iaitu Cuma 6236 ayat shj???tetapi mengapa terdapat percanggahan pendapat antara ulama mengenai jumlah sebenar ayat2 Al-Quran???ada yg mengatakan ianya berjumlah 6217,6214,6227,6204 dan yang paling masyur adalah berjumlah 6236…bagaimana pula timbulnya jumlah 6666 ini???adakah ianya suatu kesilapan oleh ahli hurufiah terdahulu???


Saya petik kata2 drp Syeikh Ainullah : 

"Ada pun jumlah ayat2 Al-Quran itu tidak terhingga banyaknya, tidak ada manusia yg dpt menghitong jumlah sebenarnya melainkan hanya Allah jua Yg Maha Mengetahui. Akan tetapi cara pandangan dan perkiraan berapakah jumlah ayat yg termaktub dlm Kitab Suci Al-Quran itu berbeda2 pendapat mengikut fahaman dan kajian masing2. Semua pendapat itu adalah benar belaka. Fahaman Ulamak Fekah itu pun benar, fahaman Ahli Hakeqat itu pun juga benar, cuma berbeza dari sudut memandangnya saja."

Yang berbeda adalah ketika menghitung jumlahnya dan menetapkan apakah suatu potongan kalimat itu menjadi satu ayat atau dua ayat.Ada orang yang menghitung dua ayat menjadi satu. Dan sebaliknya juga ada yang menghitung satu ayat jadi dua.Padahal kalau dibaca semua lafadz Quran itu, semuanya sama dan itu juga tidak ada yang berbeza.Lalu mengapa menjadi berbeza dalam menentukan apakah satu lafadz itu satu ayat atau dua ayat?Jawabnya adalah dahulu Rasulullah SAW terkadang diriwayatkan berhenti membaca dan menarik nafas. Pada saat itu timbul andaian pada sebagian orang bahwa ketika Nabi menarik nafas, di situlah ayat itu berhenti dan habis. Sementara yang lain berpandangan bahwa nabi SAW hanya sekedar berhenti menarik nafas dan tidak ada kaitannya dengan berhentinya suatu ayat.Lagian, Nabi SAW saat itu juga tidak menjelaskan kenapa beliau menarik nafas dan berhenti. Dan tidak dijelaskan juga apakah berhentinya itu menunjukkan penggalan ayat, atau hanya semata-mata menarik nafas kerana ayatnya panjang.Perbezaan dalam menghitung jumlah ayat ini sama sekali tidak menodai Al-Quran. Khususnya sama dengan perbezaan jumlah halaman mushaf dari berbagai versi percetakan. Ada mushfah yang tipis dan sedikit halamannya, tapi juga ada mushfah yang tebal dan mengandungi banyak halaman.
Ada juga punca perbezaan pendapat : Golongan pertama menyatakan bahawa Surah Al-Anfal dan Surah At-Taubah (Al-Baraah) merupakan 2 surah yang berasingan. Manakala golongan kedua pula berpendapat kedua-dua surah itu sebenarnya adalah surah yang sama (satu surah). Ini juga disebabkan, tiadanya Basmallah di permulaan Surah At-Taubah, yg menyebabkan ada golongan yang menyangka bahawa Surah At-Taubah itu adalah sambungan Surah Al-Anfal (satu surah).
Perbahasan Ulama Sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian, di sana ulama tidak bersepakat dalam menentukan bilangan ayat al-Quran atas beberapa faktor yang telah saya kupaskan sedikit diatas. Ilmu ini dibincang secara mendalam oleh ulama, dan ilmu ini diberi nama Ilmu Fawasil.
Fawasil ialah satu ilmu yang membahaskan tentang surah dan bilangan ayat al-Quran secara khusus dari segi bilangan ayat bagi satu-satu surah, hujung setiap ayat (ra’su al-ayah), dan permulaan ayat.
Untuk makluman, Al-Quran yang selalu kita baca sekarang (bahkan hampir satu dunia) ditulis berdasarkan Qiraat Riwayat Hafs An’ Aasim(sila buat rujukkan lanjut)


BAGAIMANA PULA TIMBULNYA JUMLAH 6666 INI???

Antara berikut merupakan tokoh2 yang mengatakan/meriwayatkan bahwa jumlah ayatnya sebanyak 6666 adalah:

Abdullah Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu(sahabat kelima yang banyak meriwayatkan hadist sesudah 'Aisyah radhiyallahu 'anha)
Zamahshari (ra) (pakar ilmuan dalam kesusasteraan dan bahasa arab)
Bediuzzaman, mujaddid (the reformer) pada kurun ke 13, 
Ibn-i Huzeyme, satu diantara imam-imam besar,didalam kitab “An Nasih wa’l Mansuh”
Abi Hasan didalam kitab Aqidah Al-Najin

sehubungan itu,kaedah pengiraan dibawah adalah salah satu kaedah untuk menyusun ayat al-Quran mengikut kajian dari segi mengikut bagi mendalami isi dan makna

Jumlah bilangan ayat yang disusun oleh ulama tersebut ialah:
1000 ayat al-Quran berkaitan menyuruh membuat kebaikan
1000 ayat al-Quran berkaitan mencegah kemungkaran
1000 ayat al-Quran berkaitan Janji diberi pahala
1000 ayat al-Quran Janji dibalas seksa
1000 ayat al-Quran berkaitan ayat membandingkan dengan sesuatu.
1000 ayat al-Quran berkaitan dengan Kisah dan Khabar
500 ayat al-Quran Berkaitan Halal dan Haram
100 Ayat Al-Quran berkaitan dengan Doa dan Tasbih
66 Ayat al-Quran berkaitan dengan Nasakh dan Mansuh.
Jumlah keseluruhan ialah 6666.

Ianya boleh dirujuk sebagai 6666 kisah@pengkisahan didalam Al-Quran.
Ramai ulama2 terdahulu dan kini yang bersetuju dengan kaedah diatas ini dan mengguna pakai nya sehingga kini…ianya disusun dan diatur dengan rapi bersumberkan kaedah2 penafsirkan Al-Quran menurut disiplin ilmu .
Sebenarnya, pengetahuan mengenai berapakah jumlahnya ayat-ayat Al-Quran, huruf-hurufnya & surah-surahnya , bukanlah merupakan satu kewajipan yang fardhu ‘ain kepada setiap umat Islam. Namun begitu, para ulama’ dari kalangan mufassirin (ahli-ahli Tafsir) sendiri, di dalam mengkaji Al-Quran Al-Karim , mereka tidak terlepas drp menkaji dan membicarakan berkenaan dengan jumlah surah, ayat-ayat, bahkan huruf-huruf di dalam Al-Quran Al-Karim. 
Nabi saw sendiri mengaku akan kesungguhan mereka dalam berpegang dengan agama Islam seperti sabda Baginda saw :

"Sebaik-baik umatku adalah kurun yang aku diutuskan kepada mereka, kemudian kurun yang berikutnya ".( Riwayat Muslim dalam sahihnya, hadis ke-2534)
Ada juga pendapat yg mengatakan versi 6666 ini adalah daripada syiah.(wallahu’alam sila rujuk sumber sahih)
Tetapi ditegaskan disini,tiada fatwa daripada imam2 atau ulama2 seluruh dunia yang mengharamkan pendapat ini,tetapi terdapat didalam masyarakat kita secara terburu2 dengan hawa nafsu masing2 mengharamkan pendapat diatas. Perlulah diyakini kita sebagai umat islam bahawa Al-Quran itu sendiri merupakan satu mukjizat yang dijanjikan Allah akan keasliannya hingga ke hari kiamat. Antara satu keajaibannya adalah sehingga kini tiada satupun manusia yang dapat menjumlahkan ayat2 Al-Quran ini dengan tepat hatta mengikut kaedah terbaru sekali pun(kalkulator).
Apa pun pesanan daripada guru2 dan arwah guru saya yang terdahulu yang masih saya ingat hingga kini adalah sekiranya kita hanya membaca sahaja Al-Quran maka kita hanya terjumpa 6236 ayat dan seandainya kita membaca,memahami serta mengkajinya,InsyaAllah kita akan jumpa dimanakah 6666 itu berada…
Wallahu’alam…



(Saya memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan dlm rujukkan saya diatas. Seandainya terdapat kesilapan atau kesalahan diharap diberilah teguran agar kita sama2 dapat berkongsi ilmu tentangnya.Segala yang baik adalah drp Allah SWT dan yang buruk adalah drp diri saya sendiri.)

Batu Kecubung atau Amethyst

Batu Kecubung atau lebih dikenali sebagai Amethyst dalam bahasa inggeris, merupakan salah satu jenis batu permata daripada kepelbagaian vari...