Sebenaqnya ghamai yang dah
tau dah makna dengan maksud bacaan yang haghi-haghi depa dok baca masa time
solat…
Aku bukan laa nak tunjuk
terra tapi niat utama aku cuma laa nak update mengingatkan kita balik mana tau
kot2 ada yang dah lupa sama depa2 yang kat luaq sana yang masih kughang
mengetahui dapat buat rujukkan sikit sbanyak apa yang mampu aku share.
So selamat
baramal….
BISMILAHIRAHMANIRAHIM....
-Dengan nama
Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
NIAT
contoh solat ‘isya’
Usalli fardhal 'isya'i arba'a raka'atin(*) adaan
lillahi ta'ala
Sahaja aku
sembahyang fardhu(isyak) empat rakaat(*) tunai
kerana
Allah Ta'ala.
# gantikan
dengan asri (asar) atau #zuhri (zohor)
* tambahkan
'makmuman' (mengikut imam) sebagai ganti 'adaan', jika sembahyang
berjemaah.
TAKBIRATUL IHRAM:
Allahu Akhbar
-Allah Maha
Besar-
DOA IFTITAH:
Allahu akhbar kabira wal hamdulillah hi
kasira wa subhana Allahi bukratan wa asila. Wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas
samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati
wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu
wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.
-Allah Maha
Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang
pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang
musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah
Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk
tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.-
SURAH AL-FATIHAH:
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Alhamdulillaahi rabbil'aalamin
Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin
Ihdinash shiraathal mustaqiimShirathal ladziina an'amta alaihim gahiril
maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin
-Dengan nama
Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji
bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang
menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada
Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan
orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang
Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.-
SURAH
PILIHAN (AL-IKHLAS)
Qul
huw-Allahu Ahad, Allahus-Samad, lam yalid wa lam yoolad, wa lam yakun lahoo
kufuwan ahad.
Maksud:
Dengan nama
Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.
Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.
BACAAN KETIKA RUKUK:
Subhaana rabbiyal azhim wa bi hamdih
-Maha Suci
Tuhanku Yang Maha Besar dan Dengan Segala Puji-pujianNya-
BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK DAN
I'TIDAL:
Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa
walakal hamdu
-Maha
mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan Kami Bagi
Engkaulah Segala Pujian-
DOA QUNUT
Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah
berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan
kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Watawallani fiman tawalait.
Dan
peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan
bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
Waqinii syarramaa qadhait.
Dan
selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Maka
sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Wainnahu layadziluman walait.
Dan
sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak
mulia orang yang Engkau musuhi.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci
Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi
Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Aku memohon
ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin
nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah
mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan
keluarganya.
SUJUD:
Subhaana rabbiyal a'la wa bi hamdih
-Mahasuci
Tuhanku Yang Maha Tinggi dan Dengan Segala Puji-pujianNya-
DUDUK ANTARA DUA SUJUD:
Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii,
warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.
-Ya Allah,
ampunlah dosaku, dan rahmatilah daku, lindungilah aku, angkatlah darjatku,
rezekikan aku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku, dan maafkanlah akan
daku.-
TAHIYATUL AWAL :
At tahiyyaatul mubarakatus shalawaatu
thayibaatulillah.
Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa
rahmatullaahi wa barakaatuh.
Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis
shaalihiin.
Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu
anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh.
Allaahumma shalli 'alaa Muhammad.
Segala
penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera
atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke
atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan
kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
TAHIYAT AKHIR :
At tahiyyaatul mubarakatus shalawaatu
thayibaatulillah.
Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa
rahmatullaahi wa barakaatuh.
Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis
shaalihiin.
Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu
anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh.
Allaahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'alaa
aali Muhammadin, kamaa shallaita 'alaa Ibraahim wa'alaa aali Ibrahim, wa baarik
'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammad, kama baarakta 'alaa Ibrahiima wa'alaa
aali Ibraahima, fil 'aalamiina innaka hamiidun majiid.
Segala
penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera
atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke
atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan
kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana
Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah
ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
MEMBERI SALAM
Assalamu’alaikum
Warohmatullah
Sejahtera
dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah
Abu Zar RA
meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah
s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon
yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu
Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur
seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad
yang hasan).
No comments:
Post a Comment